28/6/2010, Kota Kinabalu, Sabah: Beberapa orang pelajar IPG Kampus Gaya telah menyaksikan hasil keganasan para mak cik cleaner di Kolej Kediaman Jati. Keganasan ini melibatkan barang-barang seperti tilam, bakul, kasut, selipar, kain, dan memacam ape-kejadah dibuang dari mana-mana tingkat dan tersadai silu dan sepi secara harmoni di padang jarak padang tekukur di tingkat paling bawah disebabakan tarikan graviti.



Perkara ini mungkin sekali disebabkan keadaan koridor asrama yang kurang bersih. Al-maklumlah, disebabkan cuti pertengahan tahun baru saja tamat, jadi mak cik-mak cik cleaner ini mungkin sekali ingin memudahkan kerja membawa barang ke bawah dengan membaling sahaja kejadah-kejadah tersebut. Menjelang 3 petang, tempat kejadian sudah bersih ibarat mesyuarat perhimpunan BERSIH melibatkan Pak Lah dan menantunya, Khairy. Sekian berita kurang terkini dari Mohd Afiq.
0 hecks:
Post a Comment