Tuesday, 25 October 2022

tiada

Kadang-kadang ada sesetengah perkara dalam hidup ini yang buat aku terfikir, adakah aku ini sebenarnya bermakna dalam hidup di dunia ini? Ataupun sebenarnya aku cuma boneka yang hadir untuk melakukan hanya satu fungsi sahaja lalu disimpan rapi jauh di belakang, dilupakan ditingalkan berdebu? Adakah aku puncanya, adakah aku yang menyebabkan diri aku sendiri tersisih, dan aku akui itu pernah berlaku, akan tetapi aku bisa lepas dan aku mendapat orang yang aku percayai, insan yang boleh aku berkongsi detik-detik bahagia atau sedih dalam riwayat hidup aku.

Tapi dunia senantiasa berputar, dan apabila kau berseorangan jauh dari yang lain... kau akan sedar itu sangat menyakitkan. Ada masanya aku memandang di luar rumah aku dan melihat wajah-wajah mereka, apa yang dipunyai oleh mereka sekarang bukanlah apa yang aku ada... dan aku terus melakukan kesilapan, mungkin yang disengajakan, atau tidak disengajakan. Aku rasa aku tidak sempurna, tapi bukankah seharusnya aku berani mencari laluan untuk menyempurnakan apa yang aku boleh sempurnakan, meluruskan kembali kekhilafan diriku sendiri?

Aku seringkali tidak meluahkan apa yang sebenarnya aku rasakan. Mungkin saja kesilapan sebenar ialah membenarkan diriku percaya bahawa aku sebenarnya elok-elok sahaja - tiada yang hilang daripada diriku, aku gembira, aku suka akan kehidupan aku sekarang... tapi itu sifat seorang manusia yang kerdil, yang jauh dalam lubuk hatinya kecewa apabila melihat kebahagiaan orang lain, melihat orang lain menerjah waktu tanpa cacat-cela. Optimistik tentang anggapan aku? Mungkin sekali. Adakah orang yang harinya sentiasa sempurna? Tidak, tapi aku sendiri merasakan bahawa sehari-hari aku tidak sebaik insan-insan lain. Mungkin aku cemburu, ya mungkin juga aku bersalah terhadap diriku sendiri atas hal begitu.

Ya, aku cuma manusia, dan sifat manusia tidaklah sempurna. Aku juga tidak terlepas daripada perasaan sebagai manusia. Amarah, duka, hampa, kehilangan. Aku pamerkan mimik muka yang ketawa, bercanda, gembira, menguburkan rasa diri sebenar daripada yang melihat. Itu yang telah aku cuba laksanakan. Namun dalam hati nurani, ada yang kosong. Siapa yang mengerti? Mereka bermain, mereka gembira, mereka ada yang menyayangi. Aku? Nah, sapa yang inginkan aku?

Mungkin juga tidak ada sekelumit pun rasa dalam kepala aku untuk melakukan sesuatu, menghargai dan memahami diriku sendiri. Setiap yang salah, sejujurnya, aku rasa cuma aku yang boleh dipersalahkan. Mungkin kerana aku lemah. Mungkin kerana aku memilih mengasingkan diri. Aku menyisihkan diri. Kerana aku rasa aku menjengkelkan orang, kerana aku rasa apabila mereka mendekati aku, itu kerana mereka hanya terpaksa. Aku sering berasa begitu. Adakah aku kecewa dengan diri aku? Ya, dan aku penat. Penat memilih mengikuti perasaan aku yang sejujurnya tidak berpaksikan suatu kebenaran. Jadi kenapa aku masih teruskan?

in this red flowering field

in this red flowering field
cold air, grey sky
not a single cloud in sight
even the sun is hiding too
yet the red, oh the red
the piercing red
blooming unbounded by horizon
bright, blinding
unstoppable fire
so i take a step forward
a second step, stop
a third step, stop, stop
step, stop, step, stop
stop, stop, stop, step
but to stop
a wild rhythm, an unlearned dance
naked skins crushing petals
after petals, after petals
each stride pierced
by thorns, dew seeping
into the bloodstream, and out
come droplets of my own red
red blanketing red
wretchedly invisible but
screaming loud
a nourishment, a vile one
for a pretty sight
this red flowering field