Saturday 15 January 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Gaya

Cuti-cuti Sabah... Location: Karambunai Nexus Resort!

TESL Night... Retro style!

Photo session after the end of our stageplay, Macbeth!

We are the proud TESLians of IPG Kampus Gaya

Satu hari, saya sedang menyiasat blog-blog orang, dan ternampaklah satu segmen yang dianjurkan oleh BPM, bukan Badan Pencegah… err… Maksiat, tapi Blogger Pilihan Malaysia. Apakan segmen yang dianjurkan beliau? Segmen tersebut ialah:

Sahabat Blogger: Pelajar IPG/Maktab Perguruan

OK, now let’s begin our journey through my life as a student in IPG.

Terdapat 27 IPG di seluruh Malaysia, dan IPG yang menjadi pilihanku [sebenarnya computer mana entah yang pilih… Haha] ialah IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu,Sabah. Betapa jauh tu dari tempat asal aku. Huhu…

Aku baru saja masuk B. Ed (Hons.) in TESL, jadi kiranya ini tahun pertama aku dalam degree a.k.a. ijazah la. Perkara yang membezakan kelas aku dengan kelas TESL lain dalam IPG Gaya ni ialah jurusan B. Ed ialah untuk mereka [termasuk aku] yang bakal menjadi guru Sekolah Menengah. Jadi, kitorang dikembarkan dengan UiTM Shah Alam. Pada 2012 nanti, kami akan berpindah ke sana, tapi 2014 akan balik semula ke IPG Gaya untuk praktikum, harap maklum. Kalau dah ambil TESL, mesti la jadi guru BI kan? LOL…

Moving on…

Sepanjang lebih 1 ½ tahun aku di Sabah ni, pelbagai perkara pahit, manis, tiga rasa, dan lain-lain berlaku. Pertamanya, sudah pasti la pasal aku tinggal di Sabah. Best la gak. Sebagai budak [wei, 20 tahun dah! Budak apanya!] dari semenanjung, kehidupan di Sabah bagi perspektif yang baru [warghhh… aku tak suka perkataan ‘baharu’!] kat aku. Tambah-tambah duduk amat jauh dari ibu bapa kan? Apa lagi? Dapat ramai kawan dari pelbagai kaum dari seluruh negara. Melanau, Kadazan, Bidayuh, India, Cina, Melayu, Murut, ahh… banyak arr… Memang seronok pasal dapat mendalami budaya masing-masing. Sudah pasti Kursus TESL, terutamanya masa Foundation amat best… capital-letter BEST! Memang banyak aktiviti yang kami lakukan. Drama Macbeth, TESL Night, TESL Camp especially the trip to Kundasang and Ranau part, exam [huh?]… Sudah pastilah kelas aku pun buat aktiviti sendiri, macam pusing-pusing seluruh KK or siapkan assignment sehari sebelum tarikh hantar [ke aku je?]… Haha!

Sebagai pelajar IPG yang bakal menjadi guru, apakah perubahan yang akan aku lakukan kepada system pendidikan negara? OK. Bahasa Inggeris ialah subjek kritikal, pelbagai perkara yang kerajaan buat untuk memastikan para pelajar menguasai subjek ni. Di Malaysia ni, subjek BI di Malaysia ni lebih kepada belajar, belajar, belajar, tapi praktiknya ndak ada, bha~! Subjek BI patut dijadikan lebih fun, lebih approachable. Cam mana? Pelajar-pelajar boleh buat mini stageplay, atau create poems or present their own-made stories, mungkin juga buat language games, group presentation, and memacam lagilah. The possibilities are endless. Sebagai guru [atau bakal guru], kita kena kreatif. Selain tu, facilities yang ada kat sekolah-sekolah kita, lebih-lebih lagi yang pedalaman, haruslah dipertingkatkan. Tak guna guru cemerlang tapi kemudahan hampeh… Hilang motivasi nak ajar anak bangsa, percayalah. Jurang perbezaan akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar di bandar dan luar bandar pun harus dirapatkan.

OK… Memang panjang sangat dah ni. Orang len buat pendek je… sorry. Haha! See you next time~!

P.S.: I'm glad that I'm a TESLian!

10 hecks:

Unknown said...

salam perkenalan..saya rozuan student UKM..jom singgah blog saya..

lynna heejuzz said...

thats the spirit!! i wish all the best for u as an excellent teslian.. :)

cik mas said...

slm perkenalan dr cik mas...

jom join : http://kamicikgublogger.blogspot.com/

Unknown said...

salam perkenlan hantu GiGi dari UIA!!

Unknown said...

hoohoho bangga!

kaAka said...

salam pknlan cg....jdlah guru yg tbaik tuk anak bangsa...

Cikgu Akim said...

salam pendidik!

If said...

Salam kenal. =)
Singgah dari IPG Batu Lintang...

bangibookseller said...

Check us out for english novels..... Shopaholics, cecelia ahern, harry potter, twilight series, etc...
http://bangibookseller.blogspot.com/

farwizah said...

bestnya belajar kat sabah..x pernah sampai lagi...jom lawat my blog...www.midlove.my